Ahad, 21 Julai 2019

Kisah rumah tangga

Mohon pandangan kawan-kawan
Saya ada kawan yang sudah berkahwin ( Fuad  bukan nama sebenar ).. suami isteri bekerja.
Isterinya kerja kilang ... tapi selalu balik lewat ...alasannya OT ... kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2 hingga 3 hari. Baru2 ni raya pun kena kerja. Pelik, takkan tak ada cuti, kan?
Apabila di rumah, asyik main handphone. Sebelum ni tak ada password ...sekarang dah ada password bagai. Bila minta pattern password, tak bagi. Bila telefon berdering, dia pergi jauh² untuk angkat telefon tu.
Satu hari tu, kawan saya ni plan nak intai bini dia dekat tempat kerja. Dia pinjam motor kawannya supaya isterinya tak perasan kelibat dia.Motor RG sukan aje. Masalahnya, motor kawannya tu dah la uzur .Plat MAF 42.. selalu semput-semput.
Nak jadi cerita ... dalam dia tunggu-tunggu tu, sebuah kereta Exora sampai. Di dalamnya nampak seorang lelaki. Tiba-tiba keluar kelibat isteri dia dari kilang tu dan terus saja masuk ke dalam kereta tu. Kawan saya ni buat-buat la berlakon supaya isteri dia tak perasan.
Bila Exora tu dah gerak ...terus kawan saya ni start motor dan kejar kereta tu tapi tersenggut-senggut pula motor tu. Tiba-tiba, nak jadi cerita, enjin motor tu mati pulak ... tak pasal-pasal dia ketinggalan jauh dari Exora tu....
Jadi, nak tanya korang ... apa yang perlu dibuat, ya ...plagnya ke yang rosak atau karburatornya? Sebab bila cuba start tak mau hidup pulak ... dah try buka plag, nampak okey jer ... minyak pun penuh lagi ... roadtax insurans semua hidup lagi! k?Kenapa, ye?
Sapa ada kenal pomen motor ... boleh pm.

#kerditfbsultan melake

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEGEND

moments art of Speed 2023... #artofspeed2023 #style #video

“Celebrating Art in Automotive Culture” as the main theme, the event showcased art in combination with automotive culture and the lifestyle ...