Isnin, 21 Februari 2022

Santai Mandi Pantai, Langkawi - The Best Fish and Chips in the Region #l...



video kali  nie mandi pantai depan scarborough fish and chips dekat tanjong rhu langkawi....Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim - Kilim Natural Geopark.

Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . Bot-bot nelayan ini tidaklah besar , cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong.

Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa . Ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar ikan. Aktiviti memancing juga disediakan.

Tanjung Rhu terdedahkan kepada fenomena air pasang dan air surut. Oleh itu pada masa air pasang, akan kelihatan pangkal pokok bakau yang tenggelam . Sebaliknya semasa iar surut, pokok-pokok ini kelihatan hingga ke akarnya yang bercerancang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LEGEND

moments art of Speed 2023... #artofspeed2023 #style #video

“Celebrating Art in Automotive Culture” as the main theme, the event showcased art in combination with automotive culture and the lifestyle ...