Orang yang berjaya tidak akan menyalahkan keluarga, rakan, boss dan rakan sekerja di dalam hidup mereka. Sebaliknya mereka faham bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan dan kehidupan diri sendiri. Dengan prinsip ini, mereka percaya bahawa diri merekalah juga yang akan menentukan kejayaan. Apabila kita memberi banyak alasan dan menyalahkan orang lain, kita menipu diri sendiri dan ini akan menjadi penghalang kejayaan masa depan.
2. KESEMPURNAAN
Tidak ada manusia yang sempurna dan kita hanya akan membuang masa jika cuba untuk menjadi sempurna. Daripada risau tentang kesilapan yang telah dilakukan, lebih baik fokus kepada bagaimana memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik secara sedikit demi sedikit. Kesempurnaan adalah sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh sesiapa sahaja tetapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik.
3. TAKUT
Ramai orang menjadikan diri mereka kelihatan kecil tanpa disedari, mereka berdiam diri semasa sesi perbincangan, mereka takut mengambil risiko dan mereka hanya memikirkan senario buruk yang boleh berlaku. Sikap takut akan menjadi perencat untuk mencapai keupayaan sebenar diri kita sendiri. Jadi buangkan rasa takut dan jadilah seorang yang berani, yakin kepada diri sendiri, berani bersuara, berani melakukannya dan kejarlah impian serta cita2 kita.
4. MENGAWAL SEMUA PERKARA
Kita tidak boleh mengawal segala2 yang berlaku di sekeliling kita dan cubaan untuk melakukannya adalah usaha yang sia2. Ia tidak membantu kita untuk menjadi lebih berjaya tetapi ia akan membuat kita lebih tertekan, kecewa dan putus asa. Daripada cuba untuk mengawal segala2 di sekeliling kita, ketepikan perkara2 yang kita tidak boleh kawal dan fokus kepada perkara2 yang kita boleh kawal.
5. MINDA TEGAR (RIGID)
Ramai orang yang memiliki minda tegar atau "rigid or fixed mindset". Mereka bertegas dengan satu2 jalan saja untuk menuju ke hadapan. Mereka tidak berusaha untuk belajar dan menukar persepsi mereka. Ini membuatkan mereka sukar untuk mencapai kejayaan kerana minda mereka masih terbantut kebelakang. Cuba untuk menerokai ilmu pengetahuan serta mempunyai pandangan yang lebih luas dan ingat bahawa kita sentiasa berpeluang untuk menjadi orang yang lebih bijak di masa hadapan.
6. BERJAYA SEKELIP MATA
Ramai orang beranggapan kebanyakan orang yang berjaya memperolehinya dalam masa yang singkat ataupun secara mudah dan hanya nasib semata2. Walaupun nasib ("luck") boleh memainkan peranan, kita tidak boleh bergantung semata2 kepada nasib. Jika nasib menjadi sebab kejayaan, seringkali kejayaan itu tidak kekal lama. Kejayaan sebenar memerlukan masa, perancangan yang betul kesungguhan dan sikap tidak putus asa.
7. ORANG YANG TOKSIK DI SEKELILING KITA
Jika kita biarkan orang yang negatif dan toksik di sekeliling kita, lama kelamaan kita akan menjadi seperti mereka. Keluarkan orang2 yang toksik di sekeliling kita dan gantikan dengan orang2 yang optimistik dan yang ikhlas membantu kita atau bekerja bersama kita untuk kejayaan bersama. Kita akan dapati persekitaran kerja yang lebih baik, motivasi yang lebih tinggi, kurang stres dan matlamat boleh dicapai dengan lebih mudah. Jika kita tidak mampu mengeluarkan orang2 yang toksik di sekeliling kita, maka mungkin sampai masa kita perlu menarik diri dan mencari peluang di tempat lain.
8. SIKAP SENTIASA BERKATA "YA"
Ramai orang yang sangat sukar untuk berkata TIDAK dengan orang di sekelilingnya walaupun pada ketika itu memang sepatutnya mereka berkata TIDAK. Mereka akhirnya terpaksa membuang masa melakukan sesuatu yang tidak disukai atau diminati dan kemudian akan membuka peluang kepada orang lain untuk mempergunakan mereka. Beranikan diri untuk berkata TIDAK jika itulah kehendak sebenar kita, jadikan impian kita sebagai keutamaan dan bukan asyik menumpukan usaha membantu orang lain untuk mencapai impian mereka. Akhirnya orang itu berjaya dan kita masih terkapai2 kerana kita asyik dipergunakan.
Kredit Rushdan Noor