Selasa, 14 Januari 2020

8 PERKARA YANG KITA PATUT BUANG DARI HIDUP KITA UNTUK LEBIH BERJAYA




1. ALASAN DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN
Orang yang berjaya tidak akan menyalahkan keluarga, rakan, boss dan rakan sekerja di dalam hidup mereka. Sebaliknya mereka faham bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan dan kehidupan diri sendiri. Dengan prinsip ini, mereka percaya bahawa diri merekalah juga yang akan menentukan kejayaan. Apabila kita memberi banyak alasan dan menyalahkan orang lain, kita menipu diri sendiri dan ini akan menjadi penghalang kejayaan masa depan.

2. KESEMPURNAAN
Tidak ada manusia yang sempurna dan kita hanya akan membuang masa jika cuba untuk menjadi sempurna. Daripada risau tentang kesilapan yang telah dilakukan, lebih baik fokus kepada bagaimana memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik secara sedikit demi sedikit. Kesempurnaan adalah sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh sesiapa sahaja tetapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. 

3. TAKUT
Ramai orang menjadikan diri mereka kelihatan kecil tanpa disedari, mereka berdiam diri semasa sesi perbincangan, mereka takut mengambil risiko dan mereka hanya memikirkan senario buruk yang boleh berlaku. Sikap takut akan menjadi perencat untuk mencapai keupayaan sebenar diri kita sendiri. Jadi buangkan rasa takut dan jadilah seorang yang berani, yakin kepada diri sendiri, berani bersuara, berani melakukannya dan kejarlah impian serta cita2 kita.

4. MENGAWAL SEMUA PERKARA
Kita tidak boleh mengawal segala2 yang berlaku di sekeliling kita dan cubaan untuk melakukannya adalah usaha yang sia2. Ia tidak membantu kita untuk menjadi lebih berjaya tetapi ia akan membuat kita lebih tertekan, kecewa dan putus asa. Daripada cuba untuk mengawal segala2 di sekeliling kita, ketepikan perkara2 yang kita tidak boleh kawal dan fokus kepada perkara2 yang kita boleh kawal. 

5. MINDA TEGAR (RIGID) 
Ramai orang yang memiliki minda tegar atau "rigid or fixed mindset". Mereka bertegas dengan satu2 jalan saja untuk menuju ke hadapan. Mereka tidak berusaha untuk belajar dan menukar persepsi mereka. Ini membuatkan mereka sukar untuk mencapai kejayaan kerana minda mereka masih terbantut kebelakang. Cuba untuk menerokai ilmu pengetahuan serta mempunyai pandangan yang lebih luas dan ingat bahawa kita sentiasa berpeluang untuk menjadi orang yang lebih bijak di masa hadapan. 

6. BERJAYA SEKELIP MATA
Ramai orang beranggapan kebanyakan orang yang berjaya memperolehinya dalam masa yang singkat ataupun secara mudah dan hanya nasib semata2. Walaupun nasib ("luck") boleh memainkan peranan, kita tidak boleh bergantung semata2 kepada nasib. Jika nasib menjadi sebab kejayaan, seringkali kejayaan itu tidak kekal lama. Kejayaan sebenar memerlukan masa, perancangan yang betul kesungguhan dan sikap tidak putus asa.

7. ORANG YANG TOKSIK DI SEKELILING KITA
Jika kita biarkan orang yang negatif dan toksik di sekeliling kita, lama kelamaan kita akan menjadi seperti mereka. Keluarkan orang2 yang toksik di sekeliling kita dan gantikan dengan orang2 yang optimistik dan yang ikhlas membantu kita atau bekerja bersama kita untuk kejayaan bersama. Kita akan dapati persekitaran kerja yang lebih baik, motivasi yang lebih tinggi, kurang stres dan matlamat boleh dicapai dengan lebih mudah. Jika kita tidak mampu mengeluarkan orang2 yang toksik di sekeliling kita, maka mungkin sampai masa kita perlu menarik diri dan mencari peluang di tempat lain.

8. SIKAP SENTIASA BERKATA "YA" 
Ramai orang yang sangat sukar untuk berkata TIDAK dengan orang di sekelilingnya walaupun pada ketika itu memang sepatutnya mereka berkata TIDAK. Mereka akhirnya terpaksa membuang masa melakukan sesuatu yang tidak disukai atau diminati dan kemudian akan membuka peluang kepada orang lain untuk mempergunakan mereka. Beranikan diri untuk berkata TIDAK jika itulah kehendak sebenar kita, jadikan impian kita sebagai keutamaan dan bukan asyik menumpukan usaha membantu orang lain untuk mencapai impian mereka. Akhirnya orang itu berjaya dan kita masih terkapai2 kerana kita asyik dipergunakan.

Kredit Rushdan Noor 

Sabtu, 28 Disember 2019

Alkisah

JANGAN CEMBURU TERHADAP REZEKI ORANG LAIN

Seekor Gajah dan seekor Anjing hamil pada saat yang sama. Tiga bulan kemudian anjing melahirkan enam anak anjing. Lalu, enam bulan kemudian anjing itu hamil lagi, dan sembilan bulan berikutnya anjing itu melahirkan anak anjing yang lain. Demikian seterusnya.

18 bulan kemudian,
anjing itu mendekati gajah sambil bertanya, “Apakah kau yakin bahwa kau sedang hamil? Kita hamil pada masa yang sama, saya telah melahirkan tiga kali untuk sedozen anak anjing dan sekarang mereka sedang membesar.
Tetapi kau masih saja hamil.
Apa yang sedang terjadi?”

Gajah itu menjawab, “Ada sesuatu yang harus kau mengerti. Apa yang saya bawa bukan anjing tetapi gajah. Saya hanya melahirkan seekor gajah dalam dua tahun. Ketika bayi saya menyentuh tanah, bumi akan merasakannya. Ketika bayi saya melintasi jalan,manusia berhenti dan melihat dengan kekaguman, apa yang saya bawa menarik perhatian. Jadi, apa yang saya bawa dalam perut ini adalah unik, perkasa dan besar.”

Moral :
Jangan kehilangan iman ketika kita melihat orang lain menerima jawapan atas doa-doa mereka.
Jangan merasa cemburu dgn kemudahan rezeki orang lain.

Jika kita belum menerima rezeki kita sendiri, jangan merasa putus asa. Berkatalah pada diri sendiri,
“Waktu saya akan tiba, dan ketika semua doa saya terkabul masa itu orang akan sangat kagum”

Semoga hari ini Rezeki Kita semua bagai curahan air yang turun dari langit...
Halal dan Barokah. 
Aamiin...In Sha Allah

Rabu, 11 Disember 2019

BERSIHKAN HATI DENGAN TAQWA


-Hati yang bersih, tak akan pernah menyakiti hati orang lain, jika ia di sakiti sekalipun, ia membalasnya dengan sebuah senyuman dan kebaikan..
-Hati yang suci, tak akan pernah mengecewakan orang lain, jika ia dikecewakan, ia akan membalasnya dengan kesabaran dan do'a² untuk kebaikannya..
-Hati yang baik, ia tak akan pernah merasa dirinya paling baik kerana baginya semuanya punya kebaikan dan kekurangan..
-Hati yang ikhlas akan terpancar dari raut wajah, ia sentiasa kelihatan ramah dan mesra dalam berbicara..
-Hati yang tulus akan menenangkan jiwa, menghadirkan secebis perkataan yang lembut, memiliki kesederhanaan dalam bersikap..
-Ingatlah..
Kita takkan pernah sempurna dimata manusia..
Biarlah Allah yang menilai kita..  
-Kerana Allah tahu apa yang ada dihati kita. 

*Semoga kita menjadi pribadi yang baik dan memiliki hati yang terbaik._*
*​۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞​*

Rabu, 9 Oktober 2019

"MENUJU MASA TUA"

1. Baki umur ini pendek,
"selagi selera.....makanlah"
"selagi layak........pakailah"
"Selagi manfaat......belilah"
"Selagi sihat.....mengembaralah
"Selagi lapang ... bersilaturahimlah
"Selagi boleh........bersedekah"
"Selagi mampu .... berjihadlah"
"Selagi bernyawa.. beribadahlah
*Nikmati hidup seadanya.

2.Dulu kita berusaha, utk memiliki. Kini waktunya untuk melepaskan harta, pangkat, anak, isteri semua akan kembali kepada-NYA. *Bahagia terletak pada keikhlasan.

3. Sehari berlalu, umur berkurangan, berbuat baiklah dan sentiasa ingat Allah kerana kita tidak tahu bila akan dipanggil.

4. Hidup ini sangat singkat dalam sekejap kita mulai tua dan pasti masuk KUBUR.. Menyesal di dunia masih ada jalan, jangan menyesal dalam kubur tidak berguna lagi.

5. Jangan tengok ke atas, akan sentiasa merasa kurang, tengok ke bawah boleh merasa cukup dan syukuri apa adanya pasti bahagia. Bersyukurlah..

6. Yang terbaik adalah berbuat  baik, membantu orang lain, Jangan  menyakiti, latih diri dgn berbaik sangka , agar sehat zahir batin.

7. Kasih orang ibubapa tidak ada batas. Sedarlah, bila anak sakit, ibubapa bagai terhiris dan susah hati namun apabila  ibubapa sakit anak cuma tengok dan bertanya.
Anak-anak memakai wang ibubapa seperti kewajipan, tetapi ibubapa memakai wang anak, boleh bawa masalah. Cukupilah diri sendiri jangan berharap pemberian anak.

8.  Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak bukanlah rumah ibubapa. Sedarilah.

9. Ibubapa selalu mendoakan anak, tapi anak jarang  mendoakan ibubapa. Maka beramallah kita dgn amal yg banyak, jangan bergantung kepada doa anak.

10. Kebaikan dan keburukan sebagai ujian dan tidak akan berakhir sampai kita mati. Hadapilah dgn syukur dan sabar.                                                                                                                                                 Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri . . .

Renungan menjelang tua . . .

*Bila kita tua* ...
Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.

*Bila kita tua* ...
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan
kan kita tentang kebesaran Allah, utk mengkagumi keindahan ciptaan NYA.

*Bila kita tua* ...
Jangan susahkan  diri *memikirkan anak2 secara berlebihan*.
Mereka akan mampu berusaha sendiri.
Cuma tentukan hutang anda lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

*Bila kita tua* ...
Terimalah penyakit apa adanya.  Kerana semua sama,  kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati.

"Selagi diberi kekuatan, berjihadlah di Jalan Allah mengikut kemampuan yang ada. Moga mendapat *rahmat dan keredhaan dari ALLAH.*

*Kata2 nasihat* ...
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih.

Selamat menikmati Masa Tua dengan Bahagia .....

Isnin, 30 September 2019

Jangan jadi orang lain...

*Jangan sesekali jadi "org lain" semata-mata nk puaskan hati org lain...*

*Kita ni, buat baik mcm mna pun, kita sesekali takkan dpt puaskan hati smua org, tapi jgn sbb tu, kita berhenti dr melakukan kebaikan...buat baik kpd semua org itu dituntut oleh agama kita...manusia yg baik itu, adalah manusia yg memberi manfaat pd manusia lain...*

*Kadang2, kita buat baik tu dah dgn sepenuh hati, ikhlas...tiba2 smpai ke telinga kita, smpai ke pengetahuan kita, yg ada org mempertikaikan dan mengata belakang ttg apa yg kita buat..kita rasa terkilan, kecewa dan hilang keikhlasan...rasa dah xnak buat baik lagi dah...sbb xde org nmpk...siap org mengata plak...*

*Kita buat utk org nmpk ke, utk Allah? Kita buat utk org hargai ke, utk Allah? Kita buat utk dpt balasan manusia ke, balasan Allah?*

*Buat apa pun, _"Lillahi Ta'ala لله تعالى" ..._*

*Disitu kita akan lebih tenang...sbb matlamat dan tujuan kita tu lebih besar dr kata2 manusia...kita buat utk Allah, kita nak cari redha Allah...kita nak hidup kita diberkati dan dirahmati Allah...*

*Letakkan dunia pada tanganmu dan akhirat dalam hatimu...nescaya hidup kita akan baik2 sahaja...* ✍🤲

Rabu, 25 September 2019

Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

**

Isnin, 16 September 2019

MUTIARA KATA

Yakinlah Dgn 3 Perkara:
~Tiada Yang Lebih Sayang Kepada Kita Selain Allah swt.
~Tiada Yang Paling Mengetahui Kegundahan Kita Selain Allah swt.
~Tiada Yangg Berupaya Menghilangkan Kesulitan Kita Selain Allah swt.

RENUNG & FIKIR FIKIRKAN.

*حاج محمّد راضي بن حاج داود*.
*إمام مسجد كوتا دار النّعيم كوتا بهارو*.

LEGEND

moments art of Speed 2023... #artofspeed2023 #style #video

“Celebrating Art in Automotive Culture” as the main theme, the event showcased art in combination with automotive culture and the lifestyle ...