Rabu, 2 Februari 2022

sunset cruise in langkawi... bila bercuti ke Langkawi jangan lupa naik c...


Video kali nie activity tengok matahari terbenam... Rugi kalau datang Langkawi xnaik cruise... 


Music by:-
Track: STAR SEED - Cayenne (feat. Zoe Moon)  [NCS Release]
Music provided by NoCopyrightSounds.
Watch: https://youtu.be/7pswR_SkCrM
Free Download / Stream: https://ncs.io/Cayenne

Rabu, 5 Januari 2022

mangrove tour Langkawi... family trip pulau langkawi... #travel #thingtodo


Video kali nie video travel mangrove tour... Part floating restaurant...part video lain semasa mangrove tour nanti akan diposting nanti....Langkawi UNESCO Global Geopark ialah satu-satunya geopark antarabangsa yang merangkumi hampir keseluruhan Kepulauan Langkawi, Kedah dan merupakan geopark Global UNESCO ke-52 di dunia dan pertama di Asia Tenggara.
Langkawi UNESCO Global Geopark terletak di utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan ditadbir sebagai sebahagian Negeri Kedah. Langkawi Geopark merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Langkawi seluas 478 kilometer persegi termasuk 104 buah pulau termasuk 3 kawasan geoforest iaitu Machinchang Cambrian Geoforest Park,Dayang Bunting Marble Geoforest Park,Kilim Karst Geoforest Park.
Antara keunikan yang melayakkan Langkawi sebagai geopark ialah geologi sejarahnya yang terbentuk seawal usia Kambria melalui pengendapan Formasi Machinchang yang kini merangkumi sebahagian Pergunungan Machinchang.
Selain itu, terdapat juga penemuan batu jatuh atau 'dropstone' di Pulau Tepor, Pulau Ular dan Tanjung Mali yang membuktikan glasiasi pernah berlaku di kawasan Langkawi suatu ketika dahulu.
Tasik Dayang Bunting dan sekitarnya juga unik dari segi geologi sejarah dan lanskapnya yang seolah-olah membentuk wanita yang mengandung selain terdiri daripada marmar yang sebenarnya berkualiti tinggi berbanding tempat lain di dunia.

Kilim Geoforest Park boleh dilawati menggunakan bot.
Pulau-pulau kecil di sekeliling Langkawi juga mempunyai tarikannya tersendiri dari segi lanskap seperti Pulau Jong, Pulau Beras Basah, Pulau Rebak, Pulau Tuba dan Pulau Intan Besar.
Tarikan lain yang bersifat alam semulajadi di Langkawi ialah Pantai Pasir Tengkorak, Air Terjun Temurun, Telaga Tujuh, Pantai Pasir Hitam, Gunung Raya, Kilim dan Teluk Datai.

Isnin, 6 Disember 2021

Rabu, 17 November 2021

dayang bunting geoforest park... #views


video kali nie tripfamily ke pulau dayang bunting..thanks supports my channel...Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting. 

Khamis, 11 November 2021

Family trip... First day at cenang beach... #travel


video kali nie family trip ke pulau langkawi...video first day sampai ke sana...thanks support my channel....
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang.Pantai Chenang ialah sebuah pantai yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia dan bersebelahan dengan Pantai Tengah.Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi.

Ahad, 7 November 2021

Langkawi mangrove tour floating restaurant... #viral


Video kali nie video travel mangrove tour... Part floating restaurant...part video lain semasa mangrove tour nanti akan diposting nanti..

LEGEND

moments art of Speed 2023... #artofspeed2023 #style #video

“Celebrating Art in Automotive Culture” as the main theme, the event showcased art in combination with automotive culture and the lifestyle ...