Rabu, 24 Julai 2019

BERDOALAH dengan bersungguh-sungguh


*SESETENGAH orang apabila mempunyai masalah atau ditimpa kesusahan, lebih selesa mengadu dengan manusia tidak kira rakan karib mahupun keluarga.*

Perbuatan itu tidak salah, sekurang-kurangnya dapat juga melegakan hati dan fikiran, daripada dipendam seorang diri. Asalkan apa yang diluah atau diceritakan itu tidak membuka aib mana-mana pihak.

Cuma, persoalannya mengapa kita tidak mengadu kepada Allah SWT saat diri kesakitan mahupun ditimpa kesempitan hidup?

Adakalanya kita terlupa untuk berdoa kepada Allah, tidak pun kita berdoa tetapi ia dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh. Berdoa dengan memahami makna doa yang diminta dan yakin bahawa Allah mampu serta akan memakbulkan doa tersebut.

“Dan apabila para hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Doa sebenarnya adalah kemuncak hubungan manusia dengan Allah. Malah, doa akan mengikat diri kita agar lebih rapat dengan Allah, selain sebagai tanda kita yakin dan percaya dengan Allah.

Oleh itu, berdoalah. Susun dan fahami apa yang didoakan serta yakinlah bahawa Allah akan memakbulkan doa anda. Orang yang selalu berdoa akan tenang hidupnya kerana dirinya akan melihat satu persatu doanya dijawab Allah.

Jika mendapat kejayaan tanpa berdoa, seseorang itu tidak akan merasa apa-apa nilai tambah kerana baginya apa yang diperoleh itu adalah dengan usahanya. Jadi, apabila dirinya tidak mampu lagi meneruskan usaha, dirinya akan putus asa dan sukar untuk bangkit semula.

SUMBER BUKU: Tinta 2 Asyraf

Dalam hidup ini

Adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa,

Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini,

Kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...

Sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...

Sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...

Sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

Ahad, 21 Julai 2019

Kisah rumah tangga

Mohon pandangan kawan-kawan
Saya ada kawan yang sudah berkahwin ( Fuad  bukan nama sebenar ).. suami isteri bekerja.
Isterinya kerja kilang ... tapi selalu balik lewat ...alasannya OT ... kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2 hingga 3 hari. Baru2 ni raya pun kena kerja. Pelik, takkan tak ada cuti, kan?
Apabila di rumah, asyik main handphone. Sebelum ni tak ada password ...sekarang dah ada password bagai. Bila minta pattern password, tak bagi. Bila telefon berdering, dia pergi jauh² untuk angkat telefon tu.
Satu hari tu, kawan saya ni plan nak intai bini dia dekat tempat kerja. Dia pinjam motor kawannya supaya isterinya tak perasan kelibat dia.Motor RG sukan aje. Masalahnya, motor kawannya tu dah la uzur .Plat MAF 42.. selalu semput-semput.
Nak jadi cerita ... dalam dia tunggu-tunggu tu, sebuah kereta Exora sampai. Di dalamnya nampak seorang lelaki. Tiba-tiba keluar kelibat isteri dia dari kilang tu dan terus saja masuk ke dalam kereta tu. Kawan saya ni buat-buat la berlakon supaya isteri dia tak perasan.
Bila Exora tu dah gerak ...terus kawan saya ni start motor dan kejar kereta tu tapi tersenggut-senggut pula motor tu. Tiba-tiba, nak jadi cerita, enjin motor tu mati pulak ... tak pasal-pasal dia ketinggalan jauh dari Exora tu....
Jadi, nak tanya korang ... apa yang perlu dibuat, ya ...plagnya ke yang rosak atau karburatornya? Sebab bila cuba start tak mau hidup pulak ... dah try buka plag, nampak okey jer ... minyak pun penuh lagi ... roadtax insurans semua hidup lagi! k?Kenapa, ye?
Sapa ada kenal pomen motor ... boleh pm.

#kerditfbsultan melake

Khamis, 18 Julai 2019

Pagi jumaat

_*ASALLAMUALAIKUM WBT BUAT RAKAN SAHABAT.SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI DOA YG MAKBUL SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA USURAN DAN DAPAT KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT*_

_PESANAN *IBU* TENTANG AYAH❤_

_*ANAKKU.....*_
_MEMANG AYAH TIDAK MENGANDUNGMU_

_*TAPI*_
_DARAHNYA MENGALIR DARAH MU_
_DARINYA KAU DIWARISI NAMANYA_
_KEDERMAWANAN & KERENDAHAN HATI_

_MEMANG AYAH TAK MELAHIRKANMU...._
_*TAPI*_
_SUARANYA LAH YG PERTAMA_
_MENGANTARKANMU PADA ALLAH_
_*KETIKA KAU LAHIR*_
_ALLAHUAKHBAR_

_MEMANG AYAH TAK MENYUSUIMU_
_*TAPI*_
_DARI KERINGATNYALAH SETIAP SUAPAN YG MENJADI AIR SUSUMU_

_MEMANG AYAH TAK MENJAGAMU SETIAP SAAT_
_*TAPI*_
_TAHUKAH KAU DALAM DOANYA TAK PERNAH TERLUPA NAMAMU DI SEBUTNYA_

_*TANGISAN AYAH*_
_MUNGKIN TIDAK PERNAH KAU DENGAR_
_*KERANA*_
_DIA INGIN TERLIHAT KUAT AGAR KAU TAK RAGU UNTUK BERLINDUNG DI LEGANNYA DAN DI DADANYA KETIKA MERASA TIDAK AMAN_

_PELUKAN AYAHMU_
_MUNGKIN TAK SEHANGAT DAN SEERAT IBU_
_*KERANA*_
_CINTANYA DIA TAKUT TAK SANGGUP MELEPASKANMU_

_AYAHMU INGIN KAU KUATKAN SEMANGAT AGAR KETIKA AYAH TIADA KAU SANGGUP MENGHADAPI SEMUANYA SENDIRI_

_IBU HANYA INGIN KAU TAHU BAHAWA *CINTA* AYAH KEPADAMU SAMA BESARNYA SEPERTI *CINTA* IBU KEPADAMU...._

_*ANAKKU....*_
_DARI DIRINYA JUGA TERDAPAT SYURGA BAGIMU HORMAT DAN SAYANGI AYAHMU._
_KERANA IBU ADALAH TULANG RUSUKNYA_

_*BERBAHAGIALAH YG MASIH PUNYA AYAH & IBU*_

LEGEND

moments art of Speed 2023... #artofspeed2023 #style #video

“Celebrating Art in Automotive Culture” as the main theme, the event showcased art in combination with automotive culture and the lifestyle ...